...................

Sunday, 28 January 2001 08:25 AM

 

 

 

 

 

emel kami

 

 

  • PENSWASTAAN HOSPITAL PASTI DILAKSANAKAN

    Sebelum akhir tahun 2000,Unit Perancang Ekonomi telah menerima dengan pujian atas cadangan penswastaan hospital oleh syarikat yang dimiliki anak mahafiraun,Mokhzani. Ertinya semua hospital milik kerajaan akan dimiliki oleh anak mahafiraun. Dan kita sebagai rakyat akan menanggung semua kos perubatan itu kelak.Diberitakan penswastaan hospital akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun 2001.

    Sebelum pilihan raya 1999 pihak BA telah menetang cadangan penswataan hospital kerajaan.Mahathir dengan tipu helah dan kelicikannya telah berjaya menipu rakyat bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan penswastaan hospital.Maka Umno dan kuncu-kuncunya terus menyokong BN dan akhirnya tertipu sendiri akan kelicikan Mahafiraun walaupun ahli BA terus tidak mempercayainya.

    Beberapa kesan buruk penswastaan hospital akan ditanggung oleh rakyat adalah:

    1. Kos rawatan yang tinggi mesti ditanggung oleh rakyat. Sekarang pesakit hanya perlu membayar RM 1.00 tiap kali mendapatkan rawatan pesakit luar.

    2. Rakyat diwajibkan membeli Polisi Insuran Kesihatan.Tanpa insuran kesihatan pesakit tidak dibenarkan mendapat pemeriksaan dan rawatan dihospital. Insuran kesihatan perlu diperbaharui setiap tahun. Harga insuran kesihatan pula sangat bergantung kepada umur pemegang polisi,bilangan tanggungan,penyakit yang dihidapi pemegang polisi dan beberapa masalah lain. Makin tua,makin berpenyakit,makin ramai tanggungan makin tinggi harga polisi yang harus dibayar.Banyak negara maju mengamalkan insuran kesihatan hanya memberikan perlindungan mendapatkan pemeriksaan dan berjumpa doktor sahaja. Kos ubat,tinggal dihospital ,makmal dan pembedahan perlu juga ditanggung sendiri oleh pesakit.Insuran kesihatan bukan untuk semuanya. Insuran kesihatan bolehlah disamakan seperti insuran kenderaan .Tanpa insuran ,pemilik kenderaan tidak dibenarkan membeli cukai jalan oleh JPJ.Insuran ini perlu diperbahrui setiap tahun.

    3. Membeli insuran kesihatan mungkin tidak menjadi masalah kepada kakitangan kerajaan dan swasta sebab majikan boleh membelikannya . Tetapi bagaimana pula dengan petani,nelayan dan penggangur? .

    4. Besar kemungkinan ramai tidak mampu membeli insuran.Pesakit akan mencari cara lain untuk mendapatkan rawatan.Antaranya adalah mendapatkan rawatan daripada dukun/bomoh,singseh ,kedai-kedai ubat dan lain-lain cara yang membahayakan pesakit. Akkirnya pesakit yang tenat dengan berbagai komplikasi akan cuba mendapatkan rawatan hospital yang tentunya sangat membebankan keluarga pesakit.

    Rakyat harus menentang niat keluarga mahafiraun dan kroninya memperkaya diri dengan cara mendapatkan wang ringgit dari rakyat miskin.

    Daripada:
    Ali Baba