Senarai
mangsa kezaliman Mahathir Mohamad
Assalamu'alaikum,
Untuk
tujuan pertimbangan rakyat Malaysia yang masih taksub kepadanya dan untuk
tatapan abadi generasi akan datang mari kita senaraikan mangsa-mangsa tidak
bersalah ("innocent victims") kezaliman dan kerakusan seorang manusia
yang bernama Mahathir ini.
1)
Ahli kumpulan Al-Maunah yang hadir diSauk selain beberapa kerat pemimpin mereka.
Kebanyakan ahli Al-Maunah yang datang ke Sauk pada hari tersebut tidak tahu
menahu tentang rancangan sulit ketua mereka Sdr Amin untuk mencuri senjata dan
melakukan drama lucu dibawah pokok durian di Kg Jenalek. Akibat memenuhi
tuntutan skrip seorang diktator zalim ahli Al-Maunah tersebut yang memang bersih
dari apa-apa jenayah akan menghuni penjara selama 10 tahun dan mungkin ada yang
akan menghadapi tali gantung. Untuk membantu mereka yang masih bertahan tidak
mahu menerima tawaran pengakuan bersalah dan kini menghadapi tali gantung wajib
kita menumpas Mahathir Mohamad ini secepat mungkin dan memastikan mereka
dibicara semula.
2)
Sdr Jaffar Puteh
Allahyarham Sdr Jaffar Puteh adalah ahli Al-Maunah yang meragukan. Beliau
didakwa pencari durian yang kemudianya ditukar menjadi tukang masak kumpulan Al-Maunah.
Gambar dia memakai celoreng bersama kumpulan Al-Maunah dan kemudian gambar lain
menerima pingat dari Pegawai Atasan Polis pernah disiarkan diInternet. Beliau
mati dengan tiba-tiba didalam perjalanan dengan sahabatnya kebalai Polis
Lenggong. Lebih kurang seminggu selepas penangkapan diSauk beliau yang tinggal
dikampung berdekatan mengambil keputusan untuk pergi keBalai Polis Lenggong.
Kini kita tidak akan ketahui niat sebenar beliau keBalai Polis Lenggong.
3)
Tok Guru Abdul Rahman Bedo dan 3 lagi Pemimpin Pejuang Patani yang diserahkan
kepada Siam pada Ramadhan 1998.
Sebagai menunaikan tanggungjawab fardhu negara jiran seagama semua Perdana
Menteri Malaysia sebelum ini telah memberi perlindungan mahupun bukan sokongan
aktif kepada para pejuang mujahid Patani. Buat kali pertama didalam sejarah
Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang mengkhianati
Pejuang Patani. Kerana tamak haloba terhadap hasih mahsul minyak dan gas bumi
Melayu Patani Mahathir Mohamad telah membuat pakatan sulit dengan Perdana
Menteri Siam buat masa itu, Chuan Leek Pai. Sebagai tanda komitmen Mahathir
kepada Chuan pada bulan Ramadhan 1998 Mahathir Mohamad telah mengarahkan Polis
Rahsianya dan segerombolan agen Siam untuk menangkap 4 orang Pemimpin Patani
tersebut diatas dan dibawa kesempadan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa
Siam. Surin Pitsuwan bekas Menteri Luar Siam yang secara kebetulan malu mengaku
dirinya Melayu telah terpaksa mengesahkan pakatan sulit Mahathir-Chuan ini
apabila didesak oleh rakyat Patani semasa kempen pilihanraya Siam baru-baru ini.
3)
Para Pejuang Aceh
Para Pejuang Aceh menerima nasib yang sama dengan para pejuang Patani. Mereka
yang selama ini diterima berteduh diMalaysia kini menghadapi situasi baru iaitu
pengkhianatan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Tidak lama dahulu kita
dengar mereka melompat masuk kawasan kedutaan asing untuk mencari perlindungan.
Ini sebenarnya adalah satu-satunya cara mereka untuk memberitahu masyarakat
dunia bahawa mereka sedang diburu oleh pihak berkuasa negara yang sebelum ini
memberi perlindungan kepada mereka. Para Pejuang Aceh yang ditangkap dan
dihantar balik keSumatera semua orang tahu dibunuh pihak berkuasa Indonesia
diperairan Selat Melaka lagi. Para tahanan Aceh yang mati dikem tahanan Semenyih
beberapa tahun dahulu ; Akhbar The Observer, London ada menyiarkan gambar mereka
terbunuh didalam keadaan tangan terikat dibelakang. Aneh sungguh orang yang
dikatakan dibunuh semasa memberontak, memberontak dengan kedua belah tangan
terikat dibelakang.
4)
Munawar Anees, Sukma dan Mior
Munawar Anees seorang intelek dunia dan doktor kehormat telah dihina dan diaib
hanya sekadar menjadi rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5)
Dr Azahari
Dr Azahari seorang doktor berani yang telah memberi penyaksian bahawa Sukma
tidak pernah diliwat telah dipindah dari Hospital Besar Kuala Lumpur selepas
sahaja kesaksian tersebut.
6)
Sdr Lim Guan Eng
Hanya sekadar berkata benar didalam menuntut keadilan terhadap seorang gadis
Melayu dan neneknya.
7)
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Satu-satunya Pemimpin Negara yang berani bangun menentang kezaliman Mahathir
Mohamad.
8)
Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Disepak terajang bercucuran darah dibelasah oleh FRU dan SB suruhan Mahathir
hanya sekadar bangun menuntut keadilan seperti dituntut oleh ugama.
9)
Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Memandang dengan putih mata hasil mahsul negara dipunggah oleh Mahathir kepada
anak pinak kuncu dan kroninya.
10)
Rakyat Malaysia - generasi akan datang
Menanggung hutang dan pincang kerakusan perbelanjaan kerajaan Mahathir Mohamad
sekarang. Antara lain projek Bakun yang jelas lebih menguntungkan kroni dari
menguntungkan Negara akan dihidupkan semula oleh Mahathir Mohamad.
11)
Zainur Zakaria
Menghadapi tuduhan 'contempt of court' yang boleh menamatkan kerjaya guaman
beliau hanya sekadar berani berkata benar
12)
Azmin Ali
Menghadapi tuduhan 'perjury' dan risiko penjara hanya sekadar berani berkata
benar.
13)
Dato' Murad dan yang sewaktu dengannya
Hilang maruah diri dan kejantanan kerana dipaksa akur mengikut skrip Mahathir
Mohamad. Semua orang tahu Dato' Murad berperawakan ramah dan sangat baik
budipekertinya.
14)
Umat negeri Terengganu
Kehilangan hasil mahsul royalti minyak kerana memilih Islam dan akibat politik
jijik Mahathir Mohamad.
15)
Mahfuz Omar dan rakan -rakannya
Dihukum dan dipenjara hanya sekadar menunaikan tuntutan ugama menentang segala
bentuk kerjasama dengan kaum Yahudi.
16)
Pejuang Reformasi - dilebuhraya Kesas
Kita telah baca dan ketahui kezaliman polis Mahathir terhadap mereka. Ada yang
hampir hilang penglihatan.
17)
Para Ulama
Menanggung sedih dan pilu dihati diherdik Mahathir Mohamad hanya sekadar
menjalankan tuntutan Ilahi.
18)
Pejuang Keadilan diLunas
Salah satu cara BN menipu dipilihanraya ialah dengan undi hantu. Mengambil
tindakan manghalang kedatangan mereka pejuang-pejuang keadilan diLunas
menghadapi dakwaan dan penjara.
19)
Sdr Ezam Mohd Nor
Didakwa dibawah akta OSA sekadar membongkar bukti-bukti rasuah Mahathir Mohamad,
Rafidah dan Daim.
Ramai
lagi yang mungkin saya terlupa yang boleh saudara tambah senaraikan. Sekiranya
Pemimpin Zalim yang didatangkan kepada kita ini hasil himpunan dosa kita sebagai
umat marilah kita renungkan ketelanjuran kita dan bertaubat meminta ampun kepada
Allah s.w.t. Semoga dengan penerimaan taubat kita Allah bekenan menghapuskan dan
menjauhkan Pemimpin Zalim ini daripada kita.
Wassalam,
Ahmad Adil
|