...................

Saturday, 13 January 2001 01:55 PM

 

 

 

emel kami

 

 

CUCU  GHAFAR  BONGKAR  KOMPLOT  JATUHKAN  ANWAR

Cerita ini  saya tuliskan  agar ia menjadi bahan berita kepada mereka yang belum pernah mendengar ceramah Zahid Md Arip (seorang dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Melaka waktu itu) walau pun agak out of date supaya ianya tercatat di laman reformasi  sebagai bahan sejarah. Cerita ini boleh didapati dalam kaset ceramah Zahid semasa belum pilihan raya 1999. 

Zahid berkata sebenar nya ada komplot yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim sejak Perhimpunan Agung  Jun 1998 lagi. Dia mengetahui cerita ini apabila beliau di panggil oleh Atoknya (Tun Ghaffar Baba) beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO pada Jun 1998. 

Katanya sebelum perhimpunan agung tersebut  Jun 1998  dia telah dipanggil oleh Atok nya iaitu  Tun Ghafar Baba semasa sedang bermesyuarat di Kuala Lumpur untuk persiapan perhimpunan Agung tersebut. Pada mulanya ia agak keberatan kerana maklumlah sedang bermesyuarat tetapi kata SU nya Ghafar panggil balik ke Melaka urgent katanya. 

Dengan berat hati dia pun balik ke Melaka rumah Tun Ghafar. Bila sampai di rumah Tun Ghafar dia lihat sudah ada dua orang manusia di situ  iaitu Khalid Jafri dan Ummi Hafilda. Dalam hatinya apa dua orang ini buat kat sini. Tak apalah jangan kisah sangat dia orang tu.

Bila berjumpa dengan Atok nya macam biasalah hormat seorang cucu kepada Atok cium tangan dsb. Tun Ghafar kemudian nya mengarahkan Zahid  supaya berjumpa PM dan mengatakan 3 perkara berikut:

Bahwa pada perhimpunan Agung UMNO Jun 1998 nanti  ( beberapa hari lagi ) Dato Zahid Hamidi akan :

  1. Mengusulkan undi tidak percaya dalam dewan terhadap Mahadir
  2. Mengarahkan beberapa ahli membakar patung Mahadir  diluar dewan masa perhimpunan sedang berlangsung
  3. Mengarahkan sekumpulan ahli  ‘boo’ Mahadir semasa dia berucap

 Zahid amat terkejut dengan arahan ini dari Atok nya. Zahid berkata dia tidak akan melakukan demikian kerana ianya melanggar dasar parti. Walaupun dia seorang cucu kepada Tun Ghafar tetapi demi mengkhianati seseorang dia tidak akan berganjak dengan prinsip nya lebih lebih lagi  perbuatan ini dilarang oleh ugama.

 Oleh itu Zahid tidak pergi jumpa Mahadir dan berbuat seperti apa yang disuruh oleh Tun Ghafar.

 Perhimpunan Agung UMNO 1998  ( Jun ) diadakan. Jika tuan tuan masih ingat dalam perhimpunan ini Zahid Hamidi ada menyentuh hal kronisma dan nepotisma dalam ucapan nya. Masa pergulungan ucapan Presiden Mahadir telah menghentam teruk Zahid Hamidi  ( seterusnya bagi memalukan DS Anwar Ibrahim) dengan mengeluarkan senarai saham yang di miliki oleh puak UMNO termasuk Zahid Hamidi.

Keesokan nya Zahid  Md Arip berjumpa  Tun Ghafar . Katanya sekarang ini Presiden parti tidak boleh ditegur langsung tidak seperti zaman Tun Hussein Onn  dan Tun Razak.

Ghafar berkata kan dia telah beritahu Zahid dulu supaya pergi buat apa yang dia suruh dulu tapi Zahid tak mahu. Sebab itulah terjadi demikian.

 Jadi kata Zahid dengan memalukan Zahid Hamidi  maka akan tercalarlah Anwar dan seterusnya  Anwar akan letak jawatan. Begitulah perancangan nya kata Ghafar Baba.

 Zahid berkata jika DS Anwar tidak mahu letak jawatan macamana??  Ghafar Baba berkata Mahkamah akan selesai kan perkara ini. Zahid berkata lagi mana ada bukti ??

Ghafar jawab: Itu tak perlu bimbang mereka dah siapkan orang orang nya bagi menuduh Anwar dan Daim akan uruskan perkara ini.  [ Ulasan  : Ini lah dia komplot paling keji dalam dunia]

 Kata Zahid dengan itu benarlah buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM adalah rekaan dan buku memfitnah Anwar Ibrahim. Malahan dalam perhimpunan Agung UMNO tersebut buku itu di sumbat dalam beg perwakilan. Alangkah kejinya.

 Zahid juga mencabar Mahadir dan Ghafar supaya ambil tindakan mahkamah jika apa yang di ceritakan adalah rekaan beliau.

 Kalau tuan tuan masih ingat selepas perhimpunan Agung UMNO Jun 1998  banyak berita angin mengatakan DS Anwar akan letak jawatan. Tetapi akhir nya dia dipecat dan di tuduh berliwat dengan Azizan.

 Itulah dia cerita Zahid bongkar  komplot  menjatuhkan DS Anwar Ibrahim sebelum ia dipecat oleh Mahadir.

 [ulasan nya : Tun Ghafar telah tahu yang DS Anwar akan dipecat oleh Mahadir  dengan tuduhan yang direka  sebelum perhimpunan Agung UMNO Jun 1998 lagi ]

(untuk ahli ahli UMNO : inilah dia rupa perangai / sifat / watak jijik pemimpin yang kamu agungkan  .... aku dulu pun puji jugak dia  tapi sekarang dah tahu perangai bagai binatang  rasa nak  ..........  aiiii geram nya.....  satu sen pun sekarang ni aku dah tak caya lagi apa yang dia cakap )

Sekian untuk catatan  reformasi