...................

Thursday, 11 January 2001 12:08 PM

 

 

 

emel kami

 

 

UMMI HAFILDA BERHARI RAYA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PDRM. 

Pada 28hb Disember 2000 (Khamis) yang lalu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua, Ummi Hafilda telah menghubungi 3 orang pegawai kanan polis untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya. Perbualan telefon ini berlaku di sebelah petang hari berkenaan. 

Pegawai pertama yang dihubungi ialah ASP Zulkifli Mohamed. Menurut Ummi, ASP Zulkifli dalam nada yang kesal menyatakan kekecewaannya kerana beliau seorang sahaja yang belum dinaikkan pangkat walaupun telah bertungkus lumus membantu Musa Hassan dan Rodwan untuk mengaibkan dan memfitnah Saudara Anwar Ibrahim sedangkan Musa Hassan dan Rodwan masing-masing telah menerima habuan kerana menyempurnakan arahan Mahathir. Musa kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Jenayah sementara Rodwan mendapat pangkat 'DSP' dan kini berada di Alor Setar. ASP Zulkifli juga memberitahu Ummi bahawa sebenarnya beliau telah diarahkan untuk menangkap YB Azmin Ali di KLIA sekembalinya dari menunaikan ibadat Umrah pada 26hb Disember 2000 (iaitu pada petang Hari Raya Aidilfitri). Namun, oleh kerana beliau mengenali YB Azmin Ali dan merasa segan untuk bertindak sedemikian, ASP Zulkifli telah mengarahkan "kawan-kawannya' yang berbangsa India dan Cina untuk menangkap YB Azmin Ali dan Saudara Ezam Mohd Nor di KLIA. 

Ummi seterusnya menghubungi DSP Rodwan untuk mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan juga mengucapkan Selamat Hari Raya. 

Ummi juga turut menghubungi Musa Hassan untuk maksud yang sama. Ummi dengan bangganya menceritakan bagaimana, di dalam perbualan beliau dengan Musa Hassan; Ummi telah melahirkan rasa marah terhadap Musa kerana membebaskan YB Azmin Ali dan Saudara Ezam pada 26hb Disember 2000. Ummi menuntut supaya kedua-dua tokoh ini disumbatkan ke dalam lokap selama beberapa hari supaya mereka tidak berkesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menurut Ummi, Musa Hassan setuju dengan tuntutan beliau tetapi bimbang tindakan sedemikian akan membangkitkan kemarahan rakyat yang kini sudah tidak dapat dibendung lagi. Walaubagaimanapun, Musa Hassan bersedia untuk bersama-sama dengan Ummi bagi meneruskan rancangan untuk menekan dan bertindak ganas terhadap YB Azmin Ali dan Saudara Ezam Mohd Nor. 

Demikianlah ucapan-ucapan yang dizahirkan oleh Ummi dan Ketua-Ketua Penyangak Polis bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1421 Hijrah.

 

the Reformiz inc.

11 Januari 2001

sila lawat http://reformiz.tripod.com

sila lawat http://pemudakeadilan.tripod.com