...................

Saturday, 13 January 2001 01:29 PM

 

 

 

emel kami

 

 

UiTM Selewengkan RM50 Juta

Pembelian Intekma Resort oleh UiTM melibatkan kos yang agak besar iaitu RM 50 juta wajar disiasat oleh BPR. Ini kerana ianya melibatkan satu jumlah yang agak besar dan dikatakan melebihi anggaran yang sebenar. Lebih-lebih lagi dengan kedudukan Intekma Resort yang kurang strategik. Pembelian ini dikatakan satu bentuk pembaziran kerana khabarnya Intekma Resort masih mengalami kerugian.

Sepatutnya dengan wang sebanyak RM50juta itu UiTM boleh membina sekurang-kurangnya dua cawangannya atau asrama untuk para pelajar dan bermacam-macam lagi kemudahan dan prasarana untuk kemudahan pelajar-pelajar di UiTM. Apakah berlaku penyelewengan di kalangan pentadbiran UiTM. Perkara ini perlu dibawa ke persidangan Parlimen untuk dibahaskan.

Khabarnya Pengurus Besar UiTM telah dipecat pada tahun lepas atas alasan memberi tazkirah pada pekerjanya di sebelah pagi. Fail berkenaan pembelian Intekma Resort oleh UiTM ada disimpan di Seksyen Pelancongan, Tingkat 16, UPEN SUK Selangor diketuai oleh exco Pelancongan yang baru iaitu Dato' Mohamad Zain yang juga ahli parlimen Shah Alam. Sebelum ini ianya di bawah pentadbiran Dr Martin Pius. fail itu dilabel sebagai fail hotel.

dari PI UiTM