...................

Saturday, 13 January 2001 01:36 PM

 

 

 

emel kami

 

 

Anak-Beranak Sanusi Makan Duit MAYC

Sanusi Junid, selain merupakan seorang bekas Menteri Besar yang mempunyai rekod jenayah suka menampar muka orang, juga terkenal kerana gemar menyimpan senjata lama, terutama pedang Samurai dan rencong (badek Acheh). Kegemaran Sanusi ini bukan sahaja kerana sikapnya yang gemar cari gaduh dan "mandi darah" tetapi juga kononnya sebagai pelaburan keranasenjata-senjata itu mahal harganya.

Namun begitu, Sanusi akhirnya termakan "pedang" sendiri. Walaupun dalam usianya yang menjangkau 57 tahun itu, Sanusi masih teringin untuk mengekalkan jawatan sebagai Presiden MAYC (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia). Akhirnya dia dijatuhkan oleh seorang lagi "belia tua" iaitu Syed Hamid Albar, anak "Ketua Pemuda tua" iaitu Syed Jaafar Albar yang menjadi Ketua Pemuda UMNO pada usia 65 tahun.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Sanusi beriya-iya mempertahankan jawatannya dalam MAYC itu? Jawapannya mudah, iaitu WANG. Walaupun ramai yang tidak mengetahui, Sanusi merupakan tokoh politik UMNO yang cukup kaya hasil wang rasuah dan penyelewengan. Ini termasuk penyelewengan lesen penangkapan ikan laut dalam, projek membina dan menyelenggara Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam dan projek tambaktanah Kuala Muda.

Bezanya dengan ahli politik lain, kebanyakan wang rasuah yang diperolehi oleh Sanusi disimpan di Indonesia dan bukan di Malaysia. Sanusi mempunyai beberapa proksi termasuk adik isterinya Nila Inangda yang menjadi PR Malaysia secara haram melalui pertolongan Sanusi. Anak-anak Sanusi juga mempunyai beberapa syarikat yang didaftar di Medan, Indonesia yang menerima hasil rasuah dari Malaysia. Selain itu, Sanusi memiliki hartanah di Australia di bawah kelolaan anak sulungnya yang kini menjadi PR di sana. Salah satu lagi alur rasuah keluarga Sanusi ialah MAYC.

Selama hampir tiga puluh tahun Sanusi menjadi Presiden MAYC, dia telah membina jaringan "money laundering" yang cukup kuat. Pada tahun 1993, Sanusi telah membuat perjanjian dengan Tajuddin Ramli (Pengerusi MAS) dan Halim Saad (Penerusi Renong) bahawa semua "potongan" rasuahnya akan dialirkan melalui tokoh-tokoh ini ke sebuah dana yang digelar "Tabung Usahawan MAYC". Hanya Sanusi dan dua tiga kroninya dalam MAYC memegang nombor akaun ini.

Walaupun ditubuhkan atas nama MAYC, akaun ini yang dipegang oleh ABN Amro Bank di Kuala Lumpur hanya diketahui oleh Sanusi dan kuncu-kuncunya sahaja. Menurut Aziz Desa (dalam satu pertemuan sulit dengan pemimpin Pemuda UMNO Langkawi), tabung itu kini mengandungi lebih RM 25 juta. Dari jumlah itu, RM 2 juta telah digunakan dalam kempen pilihanraya umum lepas. Jadi tinggal RM 23 juta lagi. Kesemuanya hasil rasuah!

Selain itu, Sanusi mendapat 15% daripada hasil penyewaan Wisma MAYC di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur (mengikut maklumat daripada pegawai kewangan di sana)! Sanusi tidak mahu kehilangan jawatan MAYC kerana takut Syed Hamid akan menyiasat kewujudan tabung rasuah ini.

Bagaimanapun, Sanusi juga mahu menggunakan MAYC sebagai batu loncatan pertaruhan politik anaknya dan adiknya yang dijangka bertanding dalam pilihanraya umum nanti sebagai calon UMNO di Langkawi dan Yan. Itulah cerita sebenar di sebalik orang yang bernama Sanusi Junid. Cuma Sanusi Junid "pandai makan, pandaisimpan"...

daripada Aziz Kota