...................

Saturday, 13 January 2001 12:58 PM

 

 

 

emel kami

 

 

BPR: Siasat MB Selangor


Satu atau dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri akhbar pembodek BN menyiarkan berita dan gambar pemimpin Umno menderma kepada orang ramai. Antara berita sensasi yang disiarkan oleh akhbar pembodek Utusan Meloya dan Berita Hairan pada 26 Disember 2000 adalah berita /gambar Khir Toyo beri duit raya. Akhbar BH,m.s. 16 menyiarkan gambar/berita Khir Toyo memberi duit raya lebih RM 70,000.00 kepada anak yatim masing-masing mendapat RM 100.00 seorang seramai lebih 700 orang.

Akhbar UM pula pada m.s. 19,menyiarkan gambar/berita Khir Toyo memberi ayam raya kepada lebih 600 penduduk DUN Sg.Panjang.Harga 2 ekor ayam adalah dianggarkan RM 15.00 maka Khir Toyo telah berbelanja lebih RM 9,000.00.Juga berita MB Selangor ini memberi sebanyak lebih 3000 beg sekolah kepada penduduk DUN Sg.Panjang. Jika harga sebuah beg RM 25.00 ,maka jumlah harga beg adalah RM 75,000.00.

Juga diberitakan,pengguna jalan K.Selangor ke S.Bernam dan sebaliknya telah diberikan telor raya Dr.Khir sebanyak 60 biji telor kepada setiap kenderaan. Tanpa mengira harga telor raya Dr.Khir,jumlah wang yang dibelanjakan oleh MB Selangor untuk anak yatim dan penduduk DUN Sg.Panjang adalah lebih RM154,000.00. Dr.Khir memegang jawatan MB Selangor belum sampai 5 bulan. Gaji dan elaun MB adalah dianggarkan RM 10,000 sebulan. Andainya Dr.Khir tidak menggunakan sesen pun wang gajinya,maka jumlah terkumpul adalah RM 50,000.00 sahaja.Ini bermakna MB Selangor telah berbelanjan melebihi pendapatannya sebanyak RM 94,000.00 dalam masa 5 bulan.

Dari pengakuan Dr.Khir sendiri yang berasal dari keluarga miskin dan pernah menjadi pengutip sampah,maka wang sebanyak RM 154,000.00 itu dari mana datangnya?. Kita harap pihak BPR dapat menyiasat perkara ini dengan jujur.

Juga dari cakap-cakap raya di rumah terbuka MB Selangor ramai pengunjung bercerita bahawa Pak Toyo telah menolak untuk tinggal di rumah MB Selangor di Simpang Lima kerana Pak Toyo tidak mahu bersubahat dengan anaknya yang membina rumah tersebut dari sumber haram. Ibunya juga mencadangkan supaya dipancung sahaja kepala Dr.Khir kiranya dia terus menghina ulamak PAS.

Sekian.

Daripada:
Pengunjung Rumah Terbuka.