Make your own free website on Tripod.com

...................

Saturday, 13 January 2001 01:16 PM

 

 

 

emel kami

 

 

IMAM TUA MASJID TAMAN SELASEH DIHINA DAN DR.KHIR MENGGUNAKAN MASJID UNTUK BERPOLITIK ALA BRUTAL UMNO@BN .

25hb.Nov.2000 (Sabtu) - Solat zohor Masjid Taman Selaseh …. Satu lagi keburukkan Menteri Besar Selangor Dr.Khir Toyo terserlah, kini, perbuatan dia menghina ulama dan para anbiya akhirnya terbukti di Masjid Taman Selaseh, Kulim…...????

1. Sewaktu Imam Tua Masjid telah bersedia mengimamkan solat Zohor dan para jamaah telah berada dalam saf dibelakang imam ….. tiba-tiba Dr.Khir Toyo terus menolak Imam Tua Masjid untuk mengambil tempat sebagai Imam pada solat tersebut ….. tetapi telah dibantah oleh para jamaah.

2. Imam Tua tersebut telah beralah dan memberi laluan kepada Dr.Khir Toyo …. Tetapi jamaah masjid dan anak kariah telah memboikot Dr.Khir yang menjadi imam dengan secara memaksa imam tua masjid Taman Selaseh…kini telah terserlah kebodohan dan kesombongan Dr.Khir sebagai seorang Menteri Besar …. Apakah kerana dia berkuasa di Negeri Selangor dan anak emas Mahathir@Mahafiraun kini…dia ingat boleh suka-suka buat apa sehaja …. Kalau di Selangor di menghalang program Dakwah Islamiah oleh ulamak dan ustaz dari Barisan Alternatif … tetapi di lupa apa yang dia lakukan di Taman Selaseh telah menunjukkan Allah s.w.t telah membenci beliau begitu juga manusia dan binatang pun dah meluat denganya.

3. Kini penduduk Taman Selaseh khususnya dan LUNAS amnya … telah mula mengenali secara dekat siapakah Dr.Khir Toyo … insan hingusan yang cuba berlagak seperti Mahathir@Mahafiraun …dia ingat bumi dan khazanah di Malaysia milik bapak dia.

4. Kami dari unit psarafhq sendiri pernah berbincang dengan imam tua masjid Taman Selaseh pada 23hb.Nov.2000 yang lalu …. Dari riak wajah dan karisma beliau … kami boleh mengandaikan yang beliau adalah seorang yang warak dan berilmu tinggi serta orang yang amat dihormati serta disanjungi oleh penduduk Islam dan bukan Islam di Taman Selaseh.

5. Dengan sifat kurang ajar dan samsengnya Dr.Khir Toyo di Taman Selaseh … telah mencerminkan ini lah rupa paras semua pemimpin UMNO@BN begitu juga BARISAN NASIONAL…. Yang berlagak samseng dan kurang ajar kepada rakyat dan bangsa Malaysia.

6. Kini menjadi tanggung-jawap penduduk LUNAS untuk memastikan BARISAN NASIONAL dan PEMIMPINYA dihalau terus dari LUNAS … kalau Sammy Vellu nak tinggal disanapun …. Wajib penduduk LUNAS memburu Sammy Vellu.

MAHATHIR@MAHAFIRAUN TERUS MENGHINA KAUM CINA

1. Malam ini 26hb.Nov.2000 dalam Berita Terkini …. TV ¾ … Mahathir@Mahafiraun sekali meletakkan kaum CINA sebagai kaum yang tidak mengenang budi dan Extrim.

2. Dalam kenyataan Mahathir@Mahafiraun " Kaum CINA tidak mengenang budi dan extrim …. Kalau dulu kita menolong mereka hidup … jika tiada pertolongan kita dah lama syarikat dan individu CINA jatuh bangkrap diwaktu ekonomi meleset "

3. Kini kita boleh melihat natijahnya ….. sebenarnya Mahathir@Mahafiraun lah memainkan peranan dan mempelopori isu yang dibangkitkan…Apa yang nampak lagi Mahathir@Mahafiraun manusia yang amat kejam dan perkauman …..????

4. Apa yang kita lihat makin hari makin ramai orang CINA dan INDIA menyertai Barisan Alternatif…tetapi Mahathir@Mahafiraun terus tidak boleh bertahan apabila lain-lain kaum mula sedar siapakah orang yang sebenarnya sentiasa mengapikan perasaan perkauman dan mengamalkan politik suku.

5. Apabila kenyataan seperti ini dinyatakan oleh seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya seorang yang menghormati perasaan kaum lain ini sikap sebenarnya seorang diktator tua … apabila diri mula rasa tersepit akibat tekanan politik…selama ini kaum CINA dipuji dan dijanjikan jawatan Perdana Menteri…tetapi kini semuanya telah berlaku sebaliknya….dan kaum CINA adalah yang busuk dan buruk kerana tidak menerima Sekolah Wawasan dan kehendaknya.

PSARAFHQ (26/11/2000) -CETAK DAN EDARKAN
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL