Make your own free website on Tripod.com

...................

Friday, 26 January 2001 06:54 PM

 

 

 

 

 

emel kami

 

 

Senarai mangsa kezaliman Mahathir Mohamad

Assalamu'alaikum,

Untuk tujuan pertimbangan rakyat Malaysia yang masih taksub kepadanya dan untuk tatapan abadi generasi akan datang mari kita senaraikan mangsa-mangsa tidak bersalah ("innocent victims") kezaliman dan kerakusan seorang manusia yang bernama Mahathir ini.

1) Ahli kumpulan Al-Maunah yang hadir diSauk selain beberapa kerat pemimpin mereka.
Kebanyakan ahli Al-Maunah yang datang ke Sauk pada hari tersebut tidak tahu menahu tentang rancangan sulit ketua mereka Sdr Amin untuk mencuri senjata dan melakukan drama lucu dibawah pokok durian di Kg Jenalek. Akibat memenuhi tuntutan skrip seorang diktator zalim ahli Al-Maunah tersebut yang memang bersih dari apa-apa jenayah akan menghuni penjara selama 10 tahun dan mungkin ada yang akan menghadapi tali gantung. Untuk membantu mereka yang masih bertahan tidak mahu menerima tawaran pengakuan bersalah dan kini menghadapi tali gantung wajib kita menumpas Mahathir Mohamad ini secepat mungkin dan memastikan mereka dibicara semula.

2) Sdr Jaffar Puteh
Allahyarham Sdr Jaffar Puteh adalah ahli Al-Maunah yang meragukan. Beliau didakwa pencari durian yang kemudianya ditukar menjadi tukang masak kumpulan Al-Maunah. Gambar dia memakai celoreng bersama kumpulan Al-Maunah dan kemudian gambar lain menerima pingat dari Pegawai Atasan Polis pernah disiarkan diInternet. Beliau mati dengan tiba-tiba didalam perjalanan dengan sahabatnya kebalai Polis Lenggong. Lebih kurang seminggu selepas penangkapan diSauk beliau yang tinggal dikampung berdekatan mengambil keputusan untuk pergi keBalai Polis Lenggong. Kini kita tidak akan ketahui niat sebenar beliau keBalai Polis Lenggong.

3) Tok Guru Abdul Rahman Bedo dan 3 lagi Pemimpin Pejuang Patani yang diserahkan kepada Siam pada Ramadhan 1998.
Sebagai menunaikan tanggungjawab fardhu negara jiran seagama semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah memberi perlindungan mahupun bukan sokongan aktif kepada para pejuang mujahid Patani. Buat kali pertama didalam sejarah Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang mengkhianati Pejuang Patani. Kerana tamak haloba terhadap hasih mahsul minyak dan gas bumi Melayu Patani Mahathir Mohamad telah membuat pakatan sulit dengan Perdana Menteri Siam buat masa itu, Chuan Leek Pai. Sebagai tanda komitmen Mahathir kepada Chuan pada bulan Ramadhan 1998 Mahathir Mohamad telah mengarahkan Polis Rahsianya dan segerombolan agen Siam untuk menangkap 4 orang Pemimpin Patani tersebut diatas dan dibawa kesempadan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa Siam. Surin Pitsuwan bekas Menteri Luar Siam yang secara kebetulan malu mengaku dirinya Melayu telah terpaksa mengesahkan pakatan sulit Mahathir-Chuan ini apabila didesak oleh rakyat Patani semasa kempen pilihanraya Siam baru-baru ini.

3) Para Pejuang Aceh
Para Pejuang Aceh menerima nasib yang sama dengan para pejuang Patani. Mereka yang selama ini diterima berteduh diMalaysia kini menghadapi situasi baru iaitu pengkhianatan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Tidak lama dahulu kita dengar mereka melompat masuk kawasan kedutaan asing untuk mencari perlindungan. Ini sebenarnya adalah satu-satunya cara mereka untuk memberitahu masyarakat dunia bahawa mereka sedang diburu oleh pihak berkuasa negara yang sebelum ini memberi perlindungan kepada mereka. Para Pejuang Aceh yang ditangkap dan dihantar balik keSumatera semua orang tahu dibunuh pihak berkuasa Indonesia diperairan Selat Melaka lagi. Para tahanan Aceh yang mati dikem tahanan Semenyih beberapa tahun dahulu ; Akhbar The Observer, London ada menyiarkan gambar mereka terbunuh didalam keadaan tangan terikat dibelakang. Aneh sungguh orang yang dikatakan dibunuh semasa memberontak, memberontak dengan kedua belah tangan terikat dibelakang.

4) Munawar Anees, Sukma dan Mior
Munawar Anees seorang intelek dunia dan doktor kehormat telah dihina dan diaib hanya sekadar menjadi rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5) Dr Azahari
Dr Azahari seorang doktor berani yang telah memberi penyaksian bahawa Sukma tidak pernah diliwat telah dipindah dari Hospital Besar Kuala Lumpur selepas sahaja kesaksian tersebut.

6) Sdr Lim Guan Eng
Hanya sekadar berkata benar didalam menuntut keadilan terhadap seorang gadis Melayu dan neneknya.

7) Datuk Seri Anwar Ibrahim
Satu-satunya Pemimpin Negara yang berani bangun menentang kezaliman Mahathir Mohamad.

8) Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Disepak terajang bercucuran darah dibelasah oleh FRU dan SB suruhan Mahathir hanya sekadar bangun menuntut keadilan seperti dituntut oleh ugama.

9) Rakyat Malaysia - generasi sekarang
Memandang dengan putih mata hasil mahsul negara dipunggah oleh Mahathir kepada anak pinak kuncu dan kroninya.

10) Rakyat Malaysia - generasi akan datang
Menanggung hutang dan pincang kerakusan perbelanjaan kerajaan Mahathir Mohamad sekarang. Antara lain projek Bakun yang jelas lebih menguntungkan kroni dari menguntungkan Negara akan dihidupkan semula oleh Mahathir Mohamad.

11) Zainur Zakaria
Menghadapi tuduhan 'contempt of court' yang boleh menamatkan kerjaya guaman beliau hanya sekadar berani berkata benar

12) Azmin Ali
Menghadapi tuduhan 'perjury' dan risiko penjara hanya sekadar berani berkata benar.

13) Dato' Murad dan yang sewaktu dengannya
Hilang maruah diri dan kejantanan kerana dipaksa akur mengikut skrip Mahathir Mohamad. Semua orang tahu Dato' Murad berperawakan ramah dan sangat baik budipekertinya.

14) Umat negeri Terengganu
Kehilangan hasil mahsul royalti minyak kerana memilih Islam dan akibat politik jijik Mahathir Mohamad.

15) Mahfuz Omar dan rakan -rakannya
Dihukum dan dipenjara hanya sekadar menunaikan tuntutan ugama menentang segala bentuk kerjasama dengan kaum Yahudi.

16) Pejuang Reformasi - dilebuhraya Kesas
Kita telah baca dan ketahui kezaliman polis Mahathir terhadap mereka. Ada yang hampir hilang penglihatan.

17) Para Ulama
Menanggung sedih dan pilu dihati diherdik Mahathir Mohamad hanya sekadar menjalankan tuntutan Ilahi.

18) Pejuang Keadilan diLunas
Salah satu cara BN menipu dipilihanraya ialah dengan undi hantu. Mengambil tindakan manghalang kedatangan mereka pejuang-pejuang keadilan diLunas menghadapi dakwaan dan penjara.

19) Sdr Ezam Mohd Nor
Didakwa dibawah akta OSA sekadar membongkar bukti-bukti rasuah Mahathir Mohamad, Rafidah dan Daim.

Ramai lagi yang mungkin saya terlupa yang boleh saudara tambah senaraikan. Sekiranya Pemimpin Zalim yang didatangkan kepada kita ini hasil himpunan dosa kita sebagai umat marilah kita renungkan ketelanjuran kita dan bertaubat meminta ampun kepada Allah s.w.t. Semoga dengan penerimaan taubat kita Allah bekenan menghapuskan dan menjauhkan Pemimpin Zalim ini daripada kita.

Wassalam,
Ahmad Adil