...................

Tuesday, 23 January 2001 10:58 AM

 

 

 

 

 

emel kami

 

 

KES RASUAH MB SELANGOR

Belum selesai kes menyumbang RM 100, Beg Sekolah dan Telur Raya kini muncul satu lagi persoalan bagaimana Menteri Besar yang baru berusia beberapa bulan ini mempunyai wang berjuta-juta ringgit.

Jika kes yang pertama melibatkan sumbangan peribadi Khir Toyo sekitar hampir RM 200,000.00. kini beliau sudah mula main juta nampaknya.

Menurut salah seorang Ketua Bahagian yang namanya tidak dapat kami siarkan oleh sebab-sebab tertentu, Mohd Khir telah mengistiharkan bahawa beliau akan memperuntukkan RM 100,000.00 setiap Bahagian dalam Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Selangor baru-baru ini. Apabila diminta oleh pihak tertentu agar wang itu dimasukkan dalam akaun UMNO Negeri untuk diagihkan kemudiannya kepada Bahagian, walaubagaimanapun Mohd Khir dikatakan enggan berbuat demikian dan menyatakan bahawa beliau akan menyerahkannya sendiri kepada kesemua 17 bahagian terbabit.

Sehingga kini, sebahagian besar daripada UMNO Bahagian dalam Negeri Selangor sudahpun menerima sumbangan tersebut. Pokoknya, darimanakah Mohd Khir Toyo memperolehi wang sebegitu banyak. Tidak mungkin seorang kontraktor sanggup menyumbang RM 1.7 tanpa dijanjikan dengan projek kerajaan Negeri.

Kita minta pihak BPR janganlah pandai tangkap ikan bilis dan Majistreet yang hanya menerima rasuah RM 4 ribu sedangkan ikan paus dan bapak Gajah dilepaskan begitu sahaja.

SB Alternatif