Make your own free website on Tripod.com

...................

Saturday, 13 January 2001 01:10 PM

 

 

 

emel kami

 

 

Al Kisah Ketua Menteri Melaka


Ketua Menteri Melaka Dato'Wira Mohd Ali Rustam kini dengan tidak disangaka-sangka mempunyai 10 buah kenderaan yang nombor pendaftarannya bermula dari MAR 1 hinggalah MAR 10. Oleh kerana Mohd Ali Rustam telah memiliki nombor pendaftaran dari nombor 1 hingga 10, maka dengan ini kami rakyat Melaka, mengisytiharkan bahawa Mohd Ali Rustam adalah orang yang terkaya di negeri Melaka.

Daripada sumber-sumber yang diperolehi dan boleh dipercayai, iaini daripada kuncu-kuncu UMNO sendiri, nombor-nombor pendaftaran yang dimiliki oleh Mohd Ali Rustam tersebut adalah kerana huruf yang dihadapannya bermula dengan "MAR" yang kununnya berbunyi M=Mohd, A=Ali, R=Rustam. Oleh sebab itulah, Ketua Meteri Melaka ini terlalu ghairah untuk memiliki nombor-nombor pendaftaran tersebut. Banyak yer duit Mohd Ali Rustam ???

Untuk pengetahuan semua, Mohd Ali Rustam juga adalah menteri yang paling prihatin terhadap keluarga dan kroni-kroninya. Sejak daripada beliau menaiki tahta kerajaan negeri Melaka, hampir keseluruh keluarganya menerima ganjaran daripadanya. Anak-anak buahnya yang sebelum ini tidak mempunyai apa-apa, kini setiap seorang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta. Ini adalah cerita benar melainkan tidak benar belaka.

Berkenaan dengan kroni-kroninya, diharap BPR dapatlah menyiasat dikalangan kroni-kroninya juga mempunyai lebih daripada satu kereta.

Dikatakan, Mohd Ali Rustam juga terlibat dengan projek membina sebuah empangan di Jasin, Melaka. Ramai kroni-kroni yang ingin mengambil kesempatan untuk menjadi Mat Kepo dalam mencari pemaju untuk memajukan projek grand ini. Dengan cara mendapatkan pemaju, mereka bolehlah mendapatkan sejumlah wang yang dikenali sebagai "komisyen" diantara mereka. (Rasuah atau komisyen, Wallahhualam). Empangan yang dikenali sebagai empangan Jus ini merupakan empangan yang kedua selepas empangan Durian Tunggal.

Adakah perlu dibina empangan kedua ini ? Adakah empangan Durian Tunggal tidak berupaya membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat negeri melaka ? Inilah resmi kerajaan Barisan NajissS yang sering merompak dan membazirkan wang rakyat demi kepentingan diri sendiri.

"Perisik BA" (Cawangan Melaka)
"DULU UMNO SEKARANG PAS"

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!