...................

Friday, 12 January 2001 11:32 AM

 

 

 

emel kami

 

 

Perbuatan MAHATHIR Contoh Perkara Membatalkan KeIslaman

JEMAAH MALAYSIA TERKEJUT BUKU PANDUAN HAJI TERBITAN KERAJAAN ARAB SAUDI MENJADIKAN PERBUATAN MAHAFIRAUN CONTOH PERKARA YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN

Pada 14hb Disember yang lalu saya telah menyambut teman saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah. Pertemuan kami telah dimulakan dengan cerita beliau tentang dua buah buku yang telah diterimanya semasa di sana. Beliau dengan bersungguh-sungguh menceritakan bagaimana setibanya beliau di Lapangan Terbang Jeddah beliau telah diberikan dua buah buku terbitan Jabatan Agama, Auqaf, Dakwah dan Bimbingan Islam Arab Saudi yang berjudul “Petunjuk Jamaah Haji dan Umrah Serta Penziarah Masjid Rasul SAW” dalam bahasa Indonesia dan “A Guide to Hajj, Umrah and Visiting The Prophet’s Mosque” dalam bahasa Inggeris.

Apa yang menarik perhatian teman saya ialah, walaupun buku ini diterbitkan oleh Kerajaan Arab Saudi namun contoh-contoh yang diberikan agak releven dengan kenyataan pemimpin politik Malaysia. Dalam mukasurat 8-14 edisi bahasa Indonesia buku tersebut dibawah tajuk “Hal-Hal Yang Membatalkan KeIslaman” sebanyak 10 perkara telah dihuraikan.

Walaupun banyak yang menyentuh perkara-perkara yang dilakukan oleh pimpinan politik tanahair, saya ingin mengambil dua perkara yang saya rasakan cukup rapat dengan perilaku pemimpin kita iaitu dalam perkara Keempat dan Keenam. Dalam Perkara Keempat, pekara yang boleh membatalkan keIslaman ia menyatakan :

    Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai Contoh :

    a. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang dicipta manusia lebih utama daripada Syari’at Islam atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

    b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan pencuri atau merajam pelaku zina yang telah kawin(muhsan) tidak sesuai lagi dimasa kini.

Dalam Pekara Keenam :

    Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, ataupun terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir kerana Allah telah berfirman…

Contoh-contoh yang dinyatakan di atas kerap diperkatakan malah menjadi hujah utama MAHAFIRAUN dan Pemimpin Barisan Nasional terutamanya ketika menolak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud. Berdasarkan pemahaman saya yang cetek dalam bab ini, saya mohon komen dari pembaca rencana ini terutama daripada golongan ulamak tentang kedudukan MAHAFIRAUN dan mereka-mereka yang pernah mengeluarkan hujah sepertimana diatas. Bersama-sama ini saya lampirkan scan buku-buku tersebut berserta beberapa mukasurat berkaitan.

sila klik disini untuk melihat scan buku tersebut

the Reformiz inc
18 Disember 2000

sila lawat http://reformiz.tripod.com

sila lawat http://pemudakeadilan.tripod.com