Make your own free website on Tripod.com

...................

Thursday, 11 January 2001 12:00 AM

 

 

 

emel kami

 

 

GEMPAR! KONSPIRASI TERHADAP YB AZMIN ALI
YB AZMIN ALI AKAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 3 TAHUN

KUALA LUMPUR, 3 Dis : Satu konspirasi jijik sedang dijalankan oleh beberapa pihak untuk menetapkan hukuman terhadap kes mahkamah YB Azmin Ali. Umi Hafilda bersama beberapa tokoh konspirasi telah memperdayakan ahli keluarganya untur hadir ke satu majlis jamuan berbuka puasa pada 3 Dis jam 8:00 malam di No.26, Lorong AU4/19B, Taman Sri Keramat Tengah, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Dalam majlis yang sepatutnya mendapat berkat Allah s.w.t., Umi Hafilda telah mengundang kemurkaanNya di bulan yang mulia ini. Dengan megah sekali dia mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan terus dengan Timbalan Pendakwaraya, Puan Zauyah Be Loth Khan.

Dia seterusnya menelefon Pn Zauyah di hadapan ahli keluarganya dan memarahi Pn Zauyah kerana berlembut dengan YB Azmin kerana menerima alasan Azmin yang mengadu sakit dada di Lunas tempoh hari. Tanpa menunjukkan belas kasihan terhadap abang kandungnya, dia mengarahkan Pn Zauyah berkeras terhadap Azmin. Dia dengan angkuh mendakwa bahawa Puan Zauyah akan membangkitkan hal ini di mahkamah pada 15 Januari 2001 kelak.

Dan yang lebih mengejutkan seluruh ahli keluarganya, dia mendakwa Puan Zauyah telah berurusan dengan pihak-pihak tertentu dan hukuman bersalah dengan penjara 2-3 tahun akan dijatuhkan terhadap Azmin. Seluruh konspirasi jijik terhadap Azmin sedang dijalankan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka yang terlibat dalam konspirasi ini akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah s.w.t sepertimana mereka menganiayai hamba Allah.

Harap agar semua dapat menghebahkan berita ini ke seluruh pelusuk negara agar kita dapat menidakkan perancangan jahat ini daripada menjadi kenyataan.

sila lawat http://pemudakeadilan.tripod.com

- Webmaster Pemuda KeADILan